Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)

Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)

SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN) 2.0

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBhg. Tan Sri / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan / Br. / Sr.,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mengikut arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 3 No. 1 Tahun 2021 berkenaan Pemantapan Tadbir Urus, Integriti Dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (Span 2.0) Perkhidmatan Awam , Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melancarkan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) pada Mac 2021.

Objektif SPAN 2.0 adalah untuk memupuk dan meningkatkan pelaksanaan nilai dan integriti di kalangan pegawai awam. SPAN 2.0 ialah pelan menyeluruh bagi penerapan nilai-nilai terdiri daripada 3 komponen iaitu:

  1. Pelaksanaan program nilai
  2. Pengauditan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN) untuk Indeks Ideal (I), Peribadi (P), Organisasi (O), dan Maklum Balas Pelanggan
  3. Intervensi Nilai

Pengauditan Nilai untuk Perkhidmatan Awam SPAN 2.0 akan dilaksanakan melalui Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN). Sehubungan itu, sesi Audit Nilai 2023 bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Oleh itu, kami memohon bantuan anda untuk menjawab soal selidik Indeks Ideal, Peribadi dan Organisasi (IPO) dengan menyerahkan tinjauan anda di pautan berikut sebelum 30 November 2023 (Khamis)https://insan.jpa.gov.my/invitation/c3bfb36e-985f-40ee-8794-dcea613f8e50

Anda boleh merujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai SPAN 2.0. https://insan.jpa.gov.my/

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sr. Pauziah Abas, Unit Integriti dan Tadbir Urus, MSD di sambungan 4968.

Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri / Dato’ / Prof. / Dr. Tuan / Puan / Br. / Sr. amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

MANAGEMENT SERVICES DIVISION