PENYAKIT HFMD
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. Sebanyak 67 serotypes manusia yang terdiri daripada 3 serotypes poliovirus, 23 serotypes Coxsackie A, 6 serotypes Coxsackie B, 31 serotypes Echovirus dan enterovirus 68 hingga 71. Daripada kumpulan enterovirus tersebut, majoriti jangkitan adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71).
2. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.
3. Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi majoriti kanakkanak berumur bawah 6 tahun adalah lebih berisiko. Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul. Kanakkanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering. Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.
Apa itu INFLUENZA?
Punca dan jenis-jenis Influenza
Virus influenza terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu:
Influenza A
Jenis influenza A adalah virus paling berbahaya kerana ia merupakan satu-satunya jenis Influenza yang mampu membawa wabak kepada negara yang berbeza (pandemik). Influenza A boleh berjangkit kepada manusia dan juga haiwan termasuk:
- burung liar
- ayam ternakan
- Bayi
- kuda
- anjing
- Kelawar
Virus Influenza A diklasifikasikan kepada pelbagai subjenis berdasarkan dua protein yang dijumpai atas permukaan virus, dikenali sebagai hemagglutinin (HA ) dan neuraminidase (NA). Setakat ini, terdapat 18 subjenis HA dan 11 subjenis NA. Contoh subjenis yang kerap tersebar antara manusia ialah H1N1 dan H3N2 (juga didapati dalam kalangan anjing).
Selsema burung (Avian Influenza) dan selsema babi (selesema babi) terkandung dalam kumpulan penyakit yang dijangkit oleh virus Influenza A, merebak dari haiwan kepada manusia.
Influenza B
Jenis Influenza B hanya berjangkit kepada manusia sahaja, dan tidak mengakibatkan pandemik.
Walaupun jangkitan Influenza B tidak seteruk Influenza A, ia masih boleh membawa gejala yang serius.
Kedua-dua Influenza A dan B merupakan punca biasa wabak yang menular di sesuatu kawasan tertentu (epidemik) dan juga selsema bermusim.
MPOX VIRUS


Tahukah anda apakah itu penyakit Monkeypox dan bagaimana ia boleh merebak? Dan adakah ia merbahaya kepada kita?
Jom kita ketahui maklumat yang sahih tentang virus Monkeypox ini melalui info oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
APAKAH MONKEYPOX?
Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan
pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia.
Ia disebabkan oleh jangkitan virus monkeypox daripada kumpulan orthopoxviruses.
Tanda & Gejala Jangkitan Cacar Monyet (MPOX)
Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.
Antara tanda dan gejala jangkitan virus ini adalah:
- Ruam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki, diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Lenguh tubuh badan
- Sakit bahagian belakang atau sendi
- Kejang otot
- Pembengkakan kelenjar limfa

