Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Assalamualaikum WBT YBrs. Pen. Prof. Dr. / Dr./ Tuan/ Puan.
Semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa.
YBrs. Pen. Prof. Dr. / Dr./ Tuan/ Puan,
UNDANGAN KE KARNIVAL USAHAWAN BELIA MERDEKA ANJURAN DIVISYEN BAHASA MELAYU
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Divisyen Bahasa Melayu akan menganjurkan Karnival Usahawan Belia Merdeka (KUBM). Tujuan karnival tersebut diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang berketerampilan berbahasa Melayu dalam aktiviti keusahawanan. Butiran karnival adalah seperti yang berikut:
3. Untuk makluman pihak YBrs. Pen. Prof. Dr. / Dr./ Tuan/ Puan, sebanyak 23 reruai produk jenama sendiri ciptaan pelajar yang terdiri daripada produk berasaskan makanan, minuman, perkhidmatan, aksesori dan pakaian terpakai akan dijual sepanjang karnival berlangsung. Oleh yang demikian, dengan penuh berbesar hati, YBrs. Pen. Prof. Dr. / Dr./ Tuan/ Puan, diundang untuk memeriahkan karnival dan memberikan sokongan terhadap produk yang dihasilkan pelajar.
4. Oleh itu, bersama-sama e-mel ini dilampirkan poster program untuk rujukan pihak YBrs. Dr./ Tuan/ Puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai karnival tersebut, pihak kami boleh dihubungi menerusi e-mel karnivalusahawanbeliadbmcelpad@gmail.com atau talian +60 18 – 245 5405 (Saudara Muhammad Musa Ali Babdar – Pengarah Program).