Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)

Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)

Program Luhur Buku

 

PROGRAM LUHUR BUKU ANJURAN DIVISYEN BAHASA MELAYU

Assalamualaikum warga CELPAD yang dikasihi.
Semoga anda berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT sentiasa. 🥰

Buku ialah sahabat paling setia yang rela mendampingi sepanjang waktumu (Abdurahman Faiz).

Divisyen Bahasa Melayu (DBM) akan menganjurkan Program Luhur Buku bagi membersihkan dan menceriakan kawasan CILLC, CELPAD. Butiran program adalah seperti yang berikut:

  • 🗓️ Tarikh: 27 Februari 2025
  • 🗓️ Hari: Khamis
  • 🕘 Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
  • 🏛️ Tempat: CILLC, CELPAD

Sehubungan dengan itu, pihak DBM berhasrat untuk membuka peluang kepada warga CELPAD untuk turut serta menjayakan program dengan memberikan sumbangan dalam bentuk buku atau kewangan seperti perincian yang berikut

1. Buku atau bahan bacaan berbahasa Melayu
2. Kipas Angin Berdiri (Dua buah)
3. Wayar penyambung
4. Perhiasan

Sumbangan anda amatlah dihargai bagi menambah khazanah ilmu dan memberikan keselesaan kepada para pengunjung CILLC, CELPAD pada masa akan datang.

Sebarang bentuk sumbangan ikhlas daripada anda boleh disalurkan kepada Puan Roslimna Mohmmed Saad (Bendahari)*dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau terus berhubung dengan Bendahari menerusi talian WhatsApp (www.wasap.my/+60196553609).

Kerjasama anda untuk menjayakan Program Luhur Buku amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Padi tuan padi huma,
Jadi bekalan makan setahun,
Budi tuan kami terima,
Jadi ingatan bertahun-tahun.

Sekian, terima kasih.

Divisyen Bahasa Melayu,
CELPAD, UIAM.