Punca dan jenis-jenis Influenza

Virus influenza terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu: 

  • Influenza A

Jenis influenza A adalah virus paling berbahaya kerana ia merupakan satu-satunya jenis Influenza yang mampu membawa wabak kepada negara yang berbeza (pandemik). Influenza A boleh berjangkit kepada manusia dan juga haiwan termasuk:

  • burung liar 
  • ayam ternakan
  • Bayi
  • kuda
  • anjing
  • Kelawar

Virus Influenza A diklasifikasikan kepada pelbagai subjenis berdasarkan dua protein yang dijumpai atas permukaan virus, dikenali sebagai hemagglutinin (HA ) dan neuraminidase (NA).  Setakat ini, terdapat 18 subjenis HA dan 11 subjenis NA. Contoh subjenis yang kerap tersebar antara manusia ialah H1N1 dan H3N2 (juga didapati dalam kalangan anjing). 

Selsema burung (Avian Influenzadan selsema babi (selesema babi) terkandung dalam kumpulan penyakit yang dijangkit oleh virus Influenza A, merebak dari haiwan kepada manusia.

  • Influenza B

Jenis Influenza B hanya berjangkit kepada manusia sahaja, dan tidak mengakibatkan pandemik.

Walaupun jangkitan Influenza B tidak seteruk Influenza A, ia masih boleh membawa gejala yang serius. 

Kedua-dua Influenza A dan B merupakan punca biasa wabak yang menular di sesuatu kawasan tertentu (epidemik) dan juga selsema bermusim.