Tahukah anda apakah itu penyakit Monkeypox dan bagaimana ia boleh merebak? Dan adakah ia merbahaya kepada kita?

Jom kita ketahui maklumat yang sahih tentang virus Monkeypox ini melalui info oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

APAKAH MONKEYPOX?

Penyakit cacar monyet adalah mirip penyakit cacar (smallpox) yang telah dibasmikan

pada tahun 1980 berikutan program imunisasi cacar yang berjaya di seluruh dunia.

Ia disebabkan oleh jangkitan virus monkeypox daripada kumpulan orthopoxviruses.

Tanda & Gejala Jangkitan Cacar Monyet (MPOX)

Tempoh inkubasi virus biasanya antara 6 hingga 21 hari dan pesakit akan mengalami gejala selama dua (2) hingga empat (4) minggu.

Antara tanda dan gejala jangkitan virus ini adalah:

  • Ruam makulapapular yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki,                                                  diikuti oleh bahagian-bahagian tubuh yang lain
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Lenguh tubuh badan
  • Sakit bahagian belakang atau sendi
  • Kejang otot
  • Pembengkakan kelenjar limfa