- Mempengerusikan semua Mesyuarat ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung Tahunan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
- Menandatangani sebarang surat- Surat yang melibatkan urusan Kelab Dengan semua ahli Kelab dan puhak luar.
- Menandatangani / meluluskan Permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Bendahari dan Setiausaha.
- Meluluskan peratutan-peraturan Baru yang difikirkan perlu bersama ahli-ahli Jawatankuasa kelab untuk kepentinn ahli dan Kelab sebelum Mesyuarat Agung.
- Merancang dasar-dasar, peraturan, Aktiviti-aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.
- Meneruskan usaha-usaha dan tanggungjawab Pengerusi Jawatan- kuasa lama yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agong.
- Melantik ahli Kelab untuk mengisi kekosongan jawatan atas sebab perletakan jawatan atau pertukaran tempat bertugas mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh peraturan Kelab.
- Mempengerusikan semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Mesyuarat Agung serta bertanggungjawab dan kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
- Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti- aktiviti dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.
- Menandatangani sebarang surat-surat yang melibatkan urusan dengan pihak luar.
- Menghadiri semua Mesyuarat Ahli Jawatan- kuasa Kelab dan Mesyuarat Agung untuk memberi pendapat dan cadangan.
- Menyimpan dan memperbaharui semua rekod kewangan Kelab.
- Menyedia Penyata Kewangan pada setiap hujung tahun untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Agung.
- Memungut dan menyimpan semua hasil pendapatan Kelab.
- Menandatangani / menghantar notis peringatan kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab.
- Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyhuarat Agung serta mengambil Tindakan berhubung dengan hal-hal kewangan.
- Menyambung tugas-tugas Bendahari Kelab dalam Jawatankuasa lama berhubungan dengan hal-hal kewangan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agung.
- Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Pengerusi dan Setiausaha Agung.
- Membantu urusan memungut dan menyimpan hasil pendapatan Kelab semasa ketiadaan Bendahari Kelab atau sebaliknya.
- Membantu menyediakan penyata kewangan dan rekod kewangan Kelab.
- Menandatangani / menghantar notis kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab.
- Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membantu memberi cadangan dan pendapat.
- Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab.
- Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab.
- Menandatangani notis panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung seerta hadir dalam semua mesyuarat Dan membuat catatan minit mesyuarat.
- Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama-sama Pengerusi dan Bendahari Kelab.
- Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelan dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.
- Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.
- Menyambung semua tugas-tugas setiausaha dan Jawatankuasa berhubung dengan hal- ehwal rekod dan minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung.
- Menandatangani semua surat pekeliling kepada semua ahli Kelab semasa ketiadaan Pengerusi Kelab.
- Membantu Setiausaha Agung menyediakan kertas kerja unutk mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.
- Membanru Setiausaha dalam sesmua urusan surat-menyurat.
- Menandatangani surat panggilan mesyuarat mencatat minit dan hadir dalam semua Mesyuarat semasa ketiadaan Setiausaha Agung.
- Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan Kemajuan Kelab. e) Membantu Setiausaha Agong dalam kerja-kerja pentadbiran Kelab.
Biro IT & Multimedia
Biro Ekonomi
Biro Pendidikan
Biro Kebajikan
Biro Sukan & Rekreasi
Tugas Umum Setiap Biro
- Mempengerusikan Mesyuarat Biro serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat Biro.
- Menandatangani semua surat-surat yang melibatkan urusan Biro dengan ahli- ahli Kelab.
- Menyediakan laporan lengkap aktiviti Biro-Biro Kelab sepanjang tahun untuk dibawa ke dalam mesyuarat Agung.
- Menyediakan dan menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan aktiviti Biro Kelab.
- Merancang dan melaksanakan program Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.
- Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab serta mengambil tindakan-tindakan yang ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.
- Memilih dan melantik Setiausaha Biro dan ahli-ahli Jawatan- Kuasa Birol.
- Setiap Biro perlu mengadakan sekurang-kurang dua kali mesyuarat dalam setahun.
Tanggungjawab Setiap Ketua-Ketua Biro Kelab
- Menandatangni notis panggilan mesyuarat serta hadir dalam semua mesyuarat Biro yang terlibat dan membuat minit Mesyuarat.
- Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Biro.
- Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Kelab.
- Menyediakan laporan lengkap aktiviti Biro naugannya.
- Menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan aktiviti Biro.
Fungsi Biro & Tanggungjawab Penerbitan & Pehubungan
- Bertangggungjawab bagi membuat publisiti yang meluas mengenai semua aktiviti-aktiiti yang dijalankan oleh Kelab bagi menambahkan penyertaan ahli-ahli dan bukan ahli di dalam aktiviti-aktiviti persebut.
- Bertanggungjawab memperkenalkan Kelab Kebajikan kepada masyarakat luar.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat ahli Jawatankuasa Kelab dan mesyuarat tahunan Kelab serta mengambil tindakan-tindakan yang berkaitan degan hal ehwal perhubungan sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat tersebut.
- Memilih dan melantik sekurang-kurangnya seorang pembantu Setiausaha bagi melicinkan lagi tugas Biro Penerbitan & Perhubungan.
- Prihatin terhadap semua perkara yang berlaku (di dalam dan di luar Kelab) yang berkaitan dengan secara langsung / tidak langsung dengan Kelab.
- Fungsi & Tanggungjawab Juruaudit 1 dan 11
- Memeriksa akaun kira-kira kelab bagi tahun yang berkenaan.
- Membuat laporan dan pengesahan Penyata kira-kira untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
- Memeriksa akaun kira-kira kelab pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi Kelab.
Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM telah memperuntukkan sejumlah wang Biro_biro dan Setiausaha Agung Kelab bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manafaat kepada semua ahli.
Peruntukan adalah sebanyak RM 300.00 Bagi setiap Biro.
* tertakluk kepada perubahan dan mesyuarat AJK Induk / Mesyuarat Agong Kelab